Wanita

Mahu Menggandungkan Anak Sendiri - HMetro

SAYA berusia 28 tahun, sudah berkahwin pada Mac tahun lalu tetapi hingga kini belum hamil. Kitaran haid saya normal sejak anak dara hingga sekarang iaitu setiap 28 hari dan haid datang selama enam hari dengan jumlah yang banyak. Saya tidak pernah mengalami masalah senggugut.
Untuk pengetahuan doktor, pada 2003 saya pernah menjalani pembedahan cyst dan ovari kanan saya terpaksa dibuang. Pada 2010, doktor pakar mengesan cyst saya tumbuh lagi tetapi kecil sahaja iaitu kira-kira ukuran 3.2 sentimeter.
Pada Januari 2011, doktor pakar menyatakan cyst saya sudah hilang dan tidak lagi kelihatan, sebaliknya doktor dapat mengesan keadaan dalam rahim saya tebal dan ada daging berlebihan seakan-akan darah.

Doktor menyatakan ia mungkin menghalang benih daripada melekat pada rahim saya. Adakah semua keadaan ini mendatangkan bahaya kepada saya? Saya belum pernah hamil dan teringin memiliki cahaya mata sendiri.

INSAN RESAH,
Johor



ANDA tidak menyatakan jenis ketumbuhan atau cyst yang anda alami dahulu. Pada usia 20 tahun, bukan mudah untuk doktor membuat keputusan terpaksa membuang keseluruhan ovari (dan bukannya cyst sahaja) kecuali jika doktor mengesyaki ketumbuhan terbabit mungkin berbahaya.

Mungkin imbasan ultra bunyi ataupun ujian imbasan CT menunjukkan ketumbuhan berkenaan bukan sahaja bersifat ‘cystic’ tetapi juga padu, terdapat cecair busung (ascitis) dan seumpamanya.

Apapun, keseluruhan ovari yang dibuang itu sepatutnya dihantar untuk ujian histologi pengesahan makmal. Lazimnya, doktor akan memberikan salinan laporan keputusan histologi terbabit untuk rekod anda.

Sekiranya separa berbahaya (lebih dikenali sebagai ketumbuhan ‘borderline’ atau ‘immature’) anda akan dipantau secara berterusan, mungkin ubat kemoterapi akan diberikan.

Sekiranya bukan, maka pembedahan terbabit sahaja sudah cukup mengubati penyakit anda dan tidak perlu lawatan susulan untuk tempoh masa panjang.

Dengan ketiadaan ovari kanan, peluang anda hamil adalah dari ovari kiri (dan tiub fallopio kiri). Memandangkan haid anda teratur, malah tepat setiap pusingan, maka kemungkinan besar anda juga mengalami ovulasi (pengeluaran telur) pada setiap pusingan haid.

Mungkin anda juga sebenarnya tidak mempunyai masalah dalam rahim seperti dinyatakan.

Buat permulaan, eloklah anda menjalani pemeriksaan asas kesuburan terutama ujian mudah secara sinaran-x (HSG) untuk mengesahkan tiub fallopio kiri anda tidak tersumbat, pemantauan pembesaran kantung folikel telur secara imbasan ultrabunyi serta rawatan mudah kesuburan.

Sebelum itu juga, eloklah suami anda turut melakukan pemeriksaan air mani. Bagi meningkatkan peluang kehamilan, doktor mungkin menawarkan rawatan pil kesuburan berdos rendah untuk menambah bilangan kantung telur matang pada bulan terbabit.

Kemudian, dengan adanya telur matang, doktor mungkin akan memberi pilihan sama ada ingin mencuba bersama suami ataupun menjalani teknik rawatan permanian berhadas (IUI).

Berkenaan cyst yang anda baru alami tahun lalu, mungkin ia daripada jenis cyst fisiologi, sama ada cyst folikular atau cyst luteum yang tidak perlu dibimbangkan, apatah lagi kini ia sudah mengecut atau hilang secara spontan tanpa rawatan.

Pada tahun pertama mencuba, peluang seseorang hamil adalah sekitar 85 peratus. Namun sekiranya seseorang masih belum hamil selepas setahun mencuba, peluangnya untuk hamil dalam tempoh setahun berikutnya adalah sekitar 50 peratus sahaja.

Kesuburan wanita juga mula menurun menjelang usia 28 tahun. Eloklah
anda teruskan rawatan dengan doktor pakar anda itu.


Tanya Pakar _ Sumbangan Pakar HMetro
SAYA berusia 52 tahun dan sudah menopaus. Suami saya masih mempunyai keinginan seks tetapi selepas melakukan hubungan, saya rasa sakit kerana kurang air daripada pihak saya.
Adakah sebarang hormon atau cara yang boleh saya ambil bagi mengurangkan kesakitan selepas melakukan hubungan dengan suami?
Saya tidak mempunyai tanda sebarang penyakit seperti kencing manis, jantung atau darah tinggi cuma kadangkala, saya mengalami sakit tulang belakang saja.

MIISAH,
Kuala Lumpur.

SELEPAS mencapai menopaus, wanita beransur-ansur mengalami perubahan termasuk perubahan fizikal akibat kekurangan hormon estrogen yang ketara.

Antaranya ialah dinding faraj menjadi nipis (sehingga hanya satu pertiga daripada ketebalan asalnya) menyebabkan kesakitan apabila melakukan hubungan seks penetratif.

Mukus serviks juga tiada untuk membantu kelembapan dalam faraj. Ia hanya bergantung kepada pengeluaran cairan dari kelenjar Bartholin berhampiran bibir dalam pada faraj yang keluar sewaktu rangsangan seksual, itupun mungkin sementara dan berhenti apabila rangsangan seksual terhenti akibat kesakitan pada dinding faraj yang nipis itu.

Terdapat terapi hormon untuk membantu. Bagaimanapun, seperti mana-mana ubat, hormon ini juga mempunyai kesan sampingan tersendiri, ada antara kesan sampingan terbabit pula membahayakan kesihatan.

Anda hendaklah berjumpa pakar sakit puan terlebih dahulu untuk menjalani pemeriksaan dan ujian berkaitan sebelum disahkan sesuai mengambil terapi hormon ini.

Pada masa sama, eloklah juga anda mengamalkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan penyakit lain. Lawatan ulangan juga penting untuk pemantauan ke atas kewujudan kesan sampingan terbabit.

Buat sementara itu, anda bolehlah menggunakan bahan pelincir untuk membantu.

Wanita Dan Kehidupan

Kisah ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar kepada para wanita di luar sana. Bukan berniat membuat aib sesape tetapi mgkin sedikit sebanyak boleh pedoman untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita.

Permulaan tahun 2011 adalah titik hitam bagi sahabat baik saya. Mulanya di sangkakan tahun 2011 adalah permulaan bagi kehidupan barunya sebagai seorg yang bergelar isteri dan dari riak mukanya waktu itu dia betul2 berazam untuk menjadi isteri yang benar2 solehah... Dan sepanjang tempoh itu dia betul2 sudh bersedia untuk berubah menjadi isteri solehah....Daripada seorg wanita yang biasa saya lihat dia betul2 sudah berubah solehah. Namun begitu semuanya telah ditentukan Tuhan...perkahwinan terpaksa dibatalkan di saat2 akhir setelah semua persediaan telah dirancang dan diatur... Alasannya adalah ibu pihak lelaki telah bersolat istikharah dan bercakap dengan tuhan disaat2 akhir  dan mendapat petunjuk menandakan sahabat saya bukan calon terbaik untuk satu-satunya anak lelakinya itu.... Persoalannya wajarkah keputusan dibuat setelah semua persiapan telah diatur....sedangkan pada mulanya ibunya juga yang mengizinkan untuk menerusan perkahwinan.??? Sahabat saya hampir gila dan seolah-olah hilang kawalan apatah lagi dia dan teman lelakinya telah beberapa kali terlanjur...dan mereka telah bertaubat dan bercita-cita untuk meninggalkan perbuatan maksiat...dan salahsatu cara yang ada dengan mendapatkan izin untuk berkahwin. Dan sudah semestinya seorg ppuan seperti sahabat saya ingin lelaki yang disayangi bertanggungjawap atas segala keterlanjuran. Segala usaha di cuba termasuk lah memujuk ibu pihak lelaki berulang kali namun keadaan tetap tidak berubah...malah ibu pihak lelaki memberi kata dua samada memilih sahabat saya atau ibunya. Setelah hampir berputus asa, sahabat saya terpaksa mendesak teman lelakinya untuk menceritakan keadaan sebenar mereka yang telah terlanjur kepada ibunya tetapi keadaan menjadi semakin rumit...sahabat baik saya dituduh menjadi punca akhlak satu-satunya anak lelakinya itu rosak... MasyaAllah masa itu didepan mata saya ibu pihak lelaki meluahkan ayat-ayat Allah bahawa lelaki baik untuk perempuan baik dan perempuan jahat untuk lelaki jahat... Terlintas di fikiran saya sebagai manusia biasa layakkah kita menilai baik buruk manusia lain..??? Saya cuma mampu menyabarkan sahabt baik yang berdiam diri sedangkan ibu lelaki itu tidak berhenti berhujah mempertahankan anak lelakinya... Sedangkan selama saya mengenali sahabat saya dia bukan lah seorg ppuan sebegitu, sahabat yang saya kenal sentiasa berbaik sangka, sentiasa ceria, tidak perah berkira dalam semua perkara...dan kehidupan sehariannya hanya tertumpu kepada kerja di pejabat...cuma mungkin nafsu akibat hasutan syaitan telah membuat mereka hanyut... Sepanjng yang saya ketahui hatinya sikitpun tidak pernah berburuk sangka terhadap ibu teman lelakinya atau mana2 orang lain...kadangkala saya pun selalu menasihatinya supaya berhati2 dan jgn terlalu berfikiran positif. Biarpun dalam tempoh perkenalan pelbagai tomahan cacian yang sering dilemparkan terhadap sahabat baik saya dan suatu ketika ibu pihak lelaki pernah meminta maaf di atas keterlanjuran katanya kepada sahabat saya...maka begitulah sahabat saya mudah memaafkan setiap kesalahn orang lain dan akhirnya diri sendiri juga yang merana.. Sebagai seorg sahabt yang amat rapat saya hanya mampu membantu sedaya yang mungkin... Dengan berbekalkan kesabaran tiap2 malam dia mengabdikan dirinya pada ilahi....menangis...merintih agar diampunkan segala dosanya dan diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupannya...Al-Quran mnjadi peneman di kala sunyi...ucapan istighafar memohon keampunan Allah SWT sentiasa dimulutnya....  Memohon pada Yang Satu moga diberi petunjuk ke arah kebenaran... Pada saya dia ceritakan...bahawa saat ini hidupnya penuh dengan ketenangan...ketenangan inilah yang sebenarnya dia cari....dan sesungguhnya hanya cinta Allah SWT yang kekal abadi...

Akhirnya ketika ini saya bersyukur kerana sahabat saya bukan lagi wanita yang lemah seperti dulu....biarpun mungkin suatu ketika dia pernah berdosa Sesungguhnya Allah Maha Adil...Dia Maha Melihat dan Mendengar... Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya....

Saat ini saya doakn moga perjalanan umrah sahabat saya diberkati Allah SWT....dan saya turut belajar dari kisah sahabat saya ini...